Daisypath Anniversary tickers

Followers

Wednesday, 30 November 2011

Dance Puss in Boots

Ahad lepas Mama (Alin) n Papa bawak Farisha tgk cerita Puss in Boots. Mmg tak pernah bawak Farisha tgk wayang, tapi Alin bawak jerklar sebab Farisha mmg Fanatik sungguh dengan kucing. Farisha mmg Good Gurl dalam wayang tgk jerk citer tue. Lega mama....

Tapi lepas jerk tgk citer tue tiap2 malam mesti nak Dance macam Puss in Boots tue. Huh letih Alin layan yer. Tapi mmg bestlar cerita nie. Bukan budak2 jerk suker, org tua pon suker jgk. Mmg kelakar tgk gelagat Puss dengan aweks nyer Kitty SOftPaws.... Chomei sangat kucing yang tutup mulut tue.... wakakakak... Jom layan Just dance Puss in Boots...


p/s: penat mama layan tiap malam nak dance..

Sambutan Hari Raya Haji (Raya Korban)

Puh...Puh.... dah berabuk dah post nie kat draf. Aritue Alin tak sempat nak update. Disebabkan ada masa nie Alin  publishlar jgk  tuk santapan mata kawan2. Heheheheh. Hari Raya Korban aritue Alin sambut di kampung Rembau. Kami membuat sembelihan lembu pada sebelah petang sebab mendapat cabutan sebelah petang. Alin mmg tak sabarlar sebab tak pernah tgk dari dekat proses sembelihan lembu nie. Mula2 Farisha dah tido sebenarnya petang tue tapi Alin kejut jgk Farisha sebab suruh die tgk lembu kene sembelih. Farisha panggil lembu chomei die pgl 'emu'. Oklar dah penat celoteh jom kiter layan gambar..... Layannnnnnnn.....



Pagi raya lepas mandi sunat hari raya


Sebelah petang proses korban lembu sedang bermula 


Farisha tgk 'emu' kene sembelih


Lembu yang sudah disembelih


Proses melapah Lembu


Farisha muka bangun tido.


Pak Su Farisha, Farisha n Mama


Papa suruh Farisha pgg kepala lembu. Alin sampai tak percaya die berani pgg kepala lembu. Tapi tak sempat nak snap moment tue.


Gotong royong memotong daging lembu


Erkkkk, Papa tgh pegang pundi kencing lembu


Org2 bujang membersihkan tempat potong lembu tadi!


Tuesday, 29 November 2011

Sekadar Renungan Bagi Yang Kecewa!




Seringkali kita terfikir bagaimana mulianya hati nabi kita,
tetap senyum bila di benci......
tetap tenang bila di musuhi, tetap membantu walau disakiti,
tetap menyeru walau diusir pergi

KENAPA?

Kita mudah benci bila dikasari?
Mudah putus asa bila yang dilakukan tak menjadi?
Mudah kecewa bila orang lain tak memahami?
Mudah terguris bila dilukai?

Ayuh kita tarbiah diri
Agar yang terindah menghiasi peribadi..... 
kerana qudwah kita adalah nabi... 
Itulah sifat hamba ALLAH yang hakiki....♥♥♥~





p: sebagai kata2 semangat bagi alin. Ayuh teruskan hidup!

Jom Join Giveaway Korea & Sydney


Semoga Syaza dapat apa yang diimpikan dan lulus SPM dengan jayanyer.
Good luck!!!!
Jawab dengan tenang jangan tergopoh gapah dan selalu berdoa kepada Allah supaya dapat menjawab soalan dengan tenang dan ingat apa yang dipelajari! Aminnnn....


Friday, 25 November 2011

CaR WaSH PLg BersiH Di MaLaYsia!


Mula2 basuh pintu kereta.



Pastue basuh tingkap


Kacau2 bagi buih sabun banyak


Rajinnyer anak mama sorang nie! Tlg papa basuh kete yer. Khusyuk betul anak mama. Nati tlg mama basuh pinggan plak yer! Hehehehhe...

Wednesday, 23 November 2011

Kisah AnaK Umo 2 Tahun & Mama

Sebelum nak melelapkan mata*********** mama bertanyer?

Mama:    Siapa nama? (tunjuk kat anak)
Anak:      Aya Chica (Alya Farisha)
Mama:    Siapa nama mama?
Anak:      Mama Ayien (Alin)
Mama:    Siapa nama papa?
Anak:     Papa Ajim (Nazim)
Mama:    Siapa nama emak (bbs)?
Anak:      Emak Ayan (Yan)

Itular kisah Alin dengan anakku Farisha, Alin bangga sangat dengan perkembangan die. Walaupun pelat & kadang2 terbalik  nama mama ajim & papa ayien. Keliru kot. Hikhikhik.. Tapi mama tetap bangga. Yerlar anak yang kiter besarkan sendiri. Macam tak percaya, aper pon kene percaya jgk. Sayang anak Mama.. Go... Go.. Farisha... Dah Besar dah anak mama! Muah....




p: Harap anak Mama membeSar MenjaDi aNak yang Solehah!

Monday, 21 November 2011

Tahniah Pemain Bola Sepak Malaysia Juara Sukan Sea 26, Indonesia 2011

(Gambar Insan Dari Utusan)

Go..Go.... HarImau Muda. Alin bangga menjadi rakyat Malaysia. Tak sia2 husbenku menjerit kat rumah malam tadi. Sambil Alin memasak mee hoon goreng di dapur untuk makan malam. Tahniah kepada Pemain Bola Sepak Malaysia yang bertungkus lumus untuk merangkul pingat emas, ibu kepada segala pingat. Sukan untuk semua! 


psssst: Saya sayang Malaysia!!!!!!!!!

Sunday, 20 November 2011

Kopi Boleh Hilangkan Selulit? Biar betul!


Sekarang nie Alin dah jadi pengemar kopi plak. Sejak Cik Mai cakap kopi tue best. Dulu alin mmg tak suker kopi sbb kopi dulu alin raser dahlar pahit, hitam plak tue. Tapi sejak dah berjinak2 dengan kopi, raser kopi tue bestlar pulak. Tular orang cakap jangan cakap si hitam tue tak sedap, sedap tue.

Kopi dibuat daripada biji kopi yang diproses kepada serbuk. Kopi nie banyak juga khasiatnyer daripada airnyar ker serbuknya. Huh baunyer mmg sedap! Lagi2 kopi yang diproses sendiri.

Antara khasiat kopi ialah:

1. Melindungi jantung
2. Mencengah Diabetis
3. Menjaga Kesihatan Hati
4. Meningkatkan kekuatan otak
5. Menghilangkan sakit kepala (nie yang paling suker)


Wow banyaknyer khasiat kopi. Kopi juga boleh menghilangkan selulit (ini berita baik).Mari kiter kongsi petua menghilangkan selulit dengan menggunakan kopi .

Bahan-Bahan:

Serbuk Kopi
Minyak Zaitun

Cara-cara:-
- Ambil serbuk kopi dan minyak zaitun (jenama safi) campurkan. Kacau minyak zaitun dan serbuk kopi. Bancuh pekat2, sebab nak lumurkan badan macam ala Spa tuekan! Dah siap bancuh, lumurkan pada badan dan gosok2 satu badan! Dah siap lumur satu badan.Kalo nak lebeh mujarab. Bungkus pulak badan tue dengan plastik tutup makanan tue.  Selesai semua dalam satu jam bilas dengan air biasa! Alin tak try lagi, tapi nati ingat nak trylar. Mesti kulit jadi lembut dan kulit licin mulus. Petua nie alin ceduk daripada dni. Terima Kasih dni!



Akhirnyer: Sayer sekarang peminat kopi!

SusahNyer Exam S41

Hye kawan2. Dah lamer tak mengupdate blog. Yerlar sibuk mengkaji soalan aper yang kluar. Lagi otak yang sudah berkarat nie. Aritue 17hb alin menduduki periksa S41 (Pegawai Antidadah) dekat ILKAP Bangi. Peperiksaan antidadah nie first tyme spa buat single. Sebab selalunyer kongsi dengan peperiksaan 14 jawatan. Hehehhehe. Bunyi pon cam dah seramkan?. Heeheheheh. Alin pon aper lagik studylar dengan jayanyer. Walaupun banyak cabaran yang perlu ditempuhi. Yerlar bukan dunia study lagikan. Macam2lar kerja lagi, anak lagi, suami? selamat husbend kerja malam. Tapi dengan semangat waja studyler jgk.... Demi masa depan ..


Hari yang ditunggu pon tiba.. Peperiksaan 3 seksyen dari pukul 9.00pg sampai 12.30 tgh. Mula2 kertas pengetahuan am. Jawab dengan steadynyer. Ok semua bole jawab. Pastue seksyen kedua matematik. Adeh paper matematik nie mencabar betui. Tak taular sebab otak dah berkarat ataupon soalan nie susah bebenar. Yerlar nak bahagi, tolak darab semua dalam satu minit satu soalan nak pikir teknik apa lagi. Kalolar dulu aku student kumon mau bole jawab dengan teka2 jerk. Sedang sibuk2 jawab, penjaga periksa tue membuat pengumuman, ok tgl 5 minit. Alamak banyaknyer soalan tak jawab lagik. Raser nak pitam pon ader. Last Desicion, bulat dengan sesuka hati kertas OMR tue. Dalam kepala adeh tak dapatlar aku jawatan nie. isk...isk.... 


Selepas menjawab kertas matematik hampa sesangat. Sebab target matematiklar sat gi matematik yang telungkup. Pastue jawab soalan esei bahasa melayu dengan takder perasaan. Ada 3 soalan pilih satu sahaja. Alin pilih soalan ketiga sendiket antarabangsa mengunakan laman sosial untuk memperdayakan golongan muda sebagai 'keldai dadah'. Takder2 perasaan pon abes dua muka surat alin tulis. Sampai kejang2 jarilar. Abes kertas esei bahasa melayu.  Rehat sampai pukul 2 ptg. Pukul 2 ptg start balik kertas esei BI tapi alin tak pergi sebab dah tau dah sure tak dapat. Takperlar taun depan nak cuba lagik. uwaaaaaaaaaaaaaaa....




mode: frust sangat2 sampai tak nak pegi jawab esei BI.

Monday, 14 November 2011

Mode: Takder Mood

Erm tak tau naper takder mood. Kene cari mood balik nie....


p/s: macam2 kene pikir...

Tuesday, 8 November 2011

Puss in Boots 3D


Macam best jerk cerita nie. Mesti farisha suker tgk sbb diekan hantu kucing. Nak ajak papa pegi tgk kat wayanglar. heheheheh...  nati alin dah tgk, alin cerita kat kawan2 ek.... Tguuuuuuuuu... Jomlar tgk reramai kat wayang nati...

Kenapa Selalu Pening?

Erm kenapelar alin nie sll sakit kepala! Adakah anda pregnant? Nope sbb skrg tgh on leave. Adeh tak boleh tahanlar kadang raser nak hentak2 jerk kepala nie. Badan nie pon raser tak sedap2. Alin raser sbb dah demuklar. Macam2 penyakit datang n badan raser berangin jerk. Adakah sebab faktor aircond. Ala tapi camner nak elak aircond dah memang keje kat dalam aircond. Malam pulak cik farisha sibuk nak beraircond  masa tido kalo tidak die tak bole tido. Badan sudey menjadi demuk. Nak kater kuat makan takder pulak. Tapi badan semakin di pam-pam...... Tolong jangan demuk yerk badan.



Alin raser badan raser tak sehat nie sbb kegemukan melandalar. Nak buat camner ek. Cari treadmill tak jumper2 yang sesuai. Bukan takder yang sesuai. Tapi duet yang tak sesuai. Heheheheh. 

Oklar alin akan cari bersungguh2 treadmill yang sesuai. Harap jumper, alin nak raser sehat sll. Bukan raser sakit2 badan camnie. Elakkan obesiti.... Sayer nak bersenam, tlglar bersemangat sedikit si Alin oiiii....

Thursday, 3 November 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha



Tgl satu hari lagi kita akan sambut Raya Aidiladha iaitu pada 13 Nov 2011. Kami sambut raya tahun nie di Rembau N9 kampung sebelah papa farisha. Tahun ini dapatlar farisha tgk kerbau kene korban sbb kami buat korban dirumah. Alin pon tak pernah tgk kerbau kene korban, rasa teruja plak. Kalo sempat alin tangkap gambar yang menarik bolehlar tunjuk dekat kawan2. Mari kita sama renung sekejap apa itu Hari Raya Aidiladha (Hari Raya Haji). Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kawan2.


Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.



Tuesday, 1 November 2011

1 NoV 2011 Dah!!!!!!

Macam tak percaya hari nie 1 November 2011, lagi satu bulan sudah berakhir 2011. Raser baru jerk masuk tahun baru 2011. 
Alin still kat M_ _A pegi keje pukul 7.00 pagi balik keje 7.00 ptg. Tertanyer dihati adakah sudah capai azam ku or cita-cita ku untuk tahun nie. Alin  raser dah capai dah azam yang dipasang cuma ada yang belum dicapai lagik mungkin belum ada rezeki lagi. Sbb alin sentiasa percaya allah yang tentukan semua rezeki kiter cuma kiter perlu usaha lebih untuk capai cita-cita kita tue. Heheheheh. Siap dah terpikir azam apa yang mahu dipasang untuk tahun depan.



Masa berlalu mmg cepat dan tanpa sedar. Mana tak yer sampai tempat kerja dah lunch after lunch sambung kerja dah pukul 5 setengah balik kerja. Begitular sepanjang tahun nie rutin yang ku buat selama 5 hari seminggu. Sabtu dan Ahad melayan farisha yang chomei tue. Farisha pon sudah nak mencecah 3 tahun dan Alin nak 2? tahun (opss sweettt 18) heheheheh...

Harapanku tahun nie berakhir dengan baik dan dapat mencapai azam2 yang daku cita-citakan....  



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...