Followers

Monday, 31 October 2011

Episod Kedua: Rumah! Rumah! Rumah!

Hehehhehe macam cerita dramalar pulak. Siap ader episod2. Bukan aper nak kongsi kesedihan dan kemarahan jerk dengan kawan2... Baru tak stresss kan? Episod kedua nie alin nak cerita aper yang alin lalui daripada bulan Febuari 2011 sampai Bulan Nov 2011. Bilerlar berita baik nak datang nie (hati berkata2)


Antara cabaran-cabaran alin lalui nak beli rumah nie:

1. Mula2 tuan rumah yang lorat tue nak 10% tapi masa janji tgk rumah kami nak buat full loan. Biasalar orang nak jual rumahkan. Maser tgk tue semua ok. Nak tgl tuelar nak tgl inilar. Pastue biler kluar barang semua nak cabut. takperlar jawablar ko kat akhirat nanti. Sebab kami nilai sekali apa yang ko nak tgl tue! Bincang2 10% kami taknak bagi tapi kami bagi deposit RM500 tanda jadi. Tuan rumah tue tak nak RM500. Pastue kami dengan baik hati n tolak ansur bagilar deposit RM1000 sebab kesian! (Bukan tak nak bagi 10% sebab dah janji nak buat fullloan mula2nyer).

2. Sain SNP 2 kali sebab tuan rumah yang lorat tue tiba2 tak nak guna peguam alin. Dengan alasan mahal RM100. Uish kedekut giler. Aku dah bagi RM5000 ko tak kira. Tue namanyer orang tak bersyukur. Yerlar ko offer RM90,000.00 Tapi aku nak bagi RM95,000.00. Walawei takan RM100 pon berkira. Dah aku kene datang kat lawyer sain  SNP yang baru.

3.. Siap sain SNP dan SNP siap bergerak ke bahagian perumahan dan pejabat tanah untuk antar borang2 berkenaan. Cubaan pertama tidak berjaya sebab ada lagi tak lengkap dan lawyer tidak sertakan beberapa dokumen yang penting. Datang balik jumper lawyer. Naik lagi pejabat lawyer. Cubaan kedua kami hantar borang berjaya dengan jayanyer. Alhamdulliah. Orang kaunter tue pesan. Ok sekarang awak deal dengan lawyer jerk. Berkenaan dengan gadaian.....

4. Hish lawyer nie satu kalo ketuk baru nak buat keje. Yerlar mane taukan tak pernah pon guna lawyer nie. Sibuk ngan butik die lagik. Tiap kali talifon kat bandunglar kat indonlar. Ish2 tak patut.

5.. Sepatutnyer keje lawyer aku yang buat. Baik aku bukak firm sendiri sure cepat aku dapat rumah. Kena pegi pejabat tanah kuala kubu baru nak check status rumah tue. Dengan alasan lawyer jauh nak pegi kuala kubu baru tue. Aku dengan tak banyak lorat n nak keje cepat pegilar ke pejabat  tanah kuala kubu baru tue nak check status. Sampai jerk kat saner pegi check. Orang kat kuanter tue berkata " Dik tak boleh check kat sini kene check kat shah alam! Uishhhh bengang n marah tak terkiralar. Buang masa, buang cuti alin dan buang macam-macam. Sabar alin sabar!!!! Alin orang biasa mesti nak marah punyerlarkan. Lepas tue apa lagik lepas marahlar kat lawyer. Dahlar suruh aku buat keje free pastue buat keje sia-sia....

6. Erm maser marah tue alin dah ingatkan kat lawyer supaya settlekan  borang gadaian bahagian perumahan. Pastue die cakap ok. Selepas 2 bulan berlalu siap dah puasa dan bagi rayer. Lawyer call. " Suhailin ada tak bahagian perumahan cakap apa2 tentang loan you tue" Alin pon dengan ikhlas yer berkata " Ok nati saya tanyer bahagian perumahan".

7. Esok alin pon call bahagian perumahan. Alin macam agak lawyer nie tak buat apa berkenaan dengan gadaian tue! Hish tak boleh jadi nie kene jadi CSI nak tau aper status rumah nie. Alin pon cakap dengan orang berkenaan " En bole sayer tanyer apa status loan saya nie" die check2 " erm peguam awak tak buat lagilar seksyen gadaian tue. Alin cakap ok terus letak talifon dan terus serang lawyer. "Puan! dengan nada marah, saya rasa puan tak buat kerja puanlar. Sebab tadi saya call bahagian perumahan,  puan tak buat lagi seksyen gadaian tue. " Eh yer ker, agaknyer termisslar. Surat tue saya tak dapat kot. Mmglar lawyer mmg suker meloyalar. "Aper kata suhailin faks yang surat suhailin dapat tue?" Alin pon malas cakap banyak "ok jerk". Terus faks.

8. Mgg depan yer kerani lawyer call n suruh datang untuk sain borang gadaian tue. Heheheh. Alin pon tanyer soalan bonus. Eh kenaper yer sampai 2 bulan baru nak siap borang nie. Sebab terMISS yer? Eh takderlar kami buat draf dulu bagi dekat bahagian perumahan baru bagi puan suhailin sain. Ok dah sain tue baliklar ke office balik husben balik rumah rawang.

9. Konterversi lagik. Dapat call dari office lawyer. Kerani lawyer tue yang call, erm lawyer malu kot nak cakap dengan alin. Puan Suhailin maaf yer, bole tak sain borang gadaian tue semula. Sebab kami tersalah boranglar. (Dalam hati eh kater haritue lambat sebab bagi draf kat bahagian perumahan nie kata salah pulak) Ish2 tipu lagikkan dah terkantoi salah isi borang. Dah borang return balik dekat lawyer. Ish... sabar suhailin...sabar..... Maser talifon tue sempat lagik nak mintak payment tue. Dahlar gadaian tak settle lagi. Alin bagi sikit jerk. padan muka. Banyak cantik keje tak settle nak mintak payment...

10. Selepas 2 mgg dapat lagik surat daripada perumahan yang menyatakan borang gadaian tue salah kali kedua dengan tiada tandatangan lawyer pada surat sekian.. sekian.... Ish diorang nie pandai buat kerja ker tak! Nie raser nak mengamuk nie.

11. Sekarang tgh mood nak tgu... tgu  dan tgu...dan tgu... dan tgu... tgu bagai buah tak jatuh2.... Malas nak kacau mood tgh ok nie. Nanti satu mgg mood tak ok!

p/s: Nak beli rumah kene bersabar sebab deal dengan ramai orang! So kenelar belajar bersabar.... Sekadar luahan perasaan insan biasa!

Bilerlar nak dapat rumah nie!!!!!

Bagaikan tunggu buah yang tak jatuh-jatuh. Dah dekat nak abes tahun pon tak dapat lagik rumah nie. Macam nie cerita nyer. Alin ader beli rumah kat area yang alin sewa rumah sekarang nie. Daripada bulan 2 haritue nie sekarang dah nak dekat abes tahun 2011 dah. Tak tau saper yang salah lawyer ker orang jual rumah yang sangat lorat tue ker! Tapi yang paling penting bengang betul sebab tak dapat rumah lagik.

Rasernyer nak dekat 6 kali naik turun office peguam tue. Kalo kira kos jangan cakaplar mau nak dekat beratus-ratus. Maklumlar nak berulang daripada Rawang ke Bandar Permaisuri. Pastue 2 kali pegi putrajaya sebab borang tak lengkap. Belum lagik kira 2 kali ke pejabat tanah Selayang. Mahu terkehel poket nak datang berkali2. Betullar org cakap nak beli rumah nie mmg banyak cabaran dan kesabaran.

Thursday, 27 October 2011

Tahukah Anda?

Tahukah Anda?


Seorang ayah yang banyak berinteraksi dengan anaknya akan membuat si anak, menjadi lebih berani menghadapi orang asing. Kerana itu penting untuk ayah menjalin hubungan yang baik dengan si kecil sejak bayi lagi.


Tahukah Anda?


Ada kajian mendapati, kanak-kanak terutama yang sudah memasuki alam persekolahan jika menonton TV lebih daripada sejam sehari berisiko menimbulkan ganguan tumpuan, menjadi hiperaktif atau sukar menumpukan perhatian akitiviti lain dan tidak berdisiplin. Oleh itu, hadkan waktu menonton untuk si kecil anda.


 

Elak tengking anak!


Ada banyak alasan mengapa ibu bapa suka menengking anak-anak. Sama ada kerana si kecil tidak mahu mendengar kata, suka berbuat bising dan sebagainya.

Dengan menengking, ibu bapa mengharapkan anak akan menurut perintah mereka dan takut. Namun menurut psikologi seharusnya ibu bapa mencari cara lain untuk menasihat dan menegur anak kerana tidak elok menengking mereka.

Menengking boleh memberi pengaruh yang buruk kepada perkembangan si kecil kerana ibu bapa sering menengking boleh merenggangkan hubungan mereka dengan si kecil. Selain itu, tengkingan juga tidak akan memberi pengajaran berguna kepada anak-anak.

Ketika anda menengking, mungkin anda berfikir itu adalah cara anda meluahkan kemarahan kepada anak-anak. Namun bagi si kecil yang ditengking akan berasa tertekan dan merasakan dirinya tidak berharga dan mengecewakan ibu bapanya.

Si kecil yang pada usia pra sekolah, tidak akan melawan andai ditengking tetapi akibat dari sikap pasif mereka akan menimbulkan masalah kepada ibu bapa kerana tidak tahu tekanan psikologi yang dialami akan akibat ditengking.

Ibu bapa yang biasa menengking anak-anak akibat kemarahan sebenarnya mendidik anak-anak untuk melakukan hal yang sama kepada mereka. Apa yang penting, anda boleh bersikap tegas kepada anak-anak tetapi bukan dengan cara menengking mereka.

 sumber: Si Manja Cerdik & Pintar

Anak adalah anugerah yang tidak terkata yang allah berikan kepada kita oleh itu didiklar anak dengan didikan yang sempurna dengan penuh kasih sayang. Tapi kita perlu juga tegas kepada anak kita sebab anak kita tgh belajar mana yang salah dan betul. Jangan sampai satu hari nanti anak kita plak tengking kita balik.Oleh itu mari kiter sama2 elakkan menengking anak kita.


p/s: selamat beramal.... kesian dekat anak kita yang sentiasa mengharap kasih sayang kita!

Monday, 24 October 2011

Dilema Mama Yang Bekerja!


MASALAH - MASALAH IBU YANG KELUAR BEKERJA 
Proses perindustrian yang berlaku dalam sesebuah negara seperti Malaysia membawa berbagai - bagai kesan serta perubahan pada cara kehidupan manusia . Satu daripada keadaan yang pasti berlaku ialah ramai wanita keluar bekerja unrtuk menguatkan kestabilan ekonomi keluarga mereka . Kini ramai wanita mempunyai kelulusan tinggi serta telah menjalani latihan - latihan khusus lalu mudah mendapat kerja . Seseorang ibu yang keluar bekerja sudah tentulah akan mempunyai dua pekerjaan , satu sebagai isteri dan ibu dirumah dan satu lagi sebagai pekerja . Yang berkemampuan untuk mendapat pembantu rumah pun kadangkala tetap menghadapi masalah seperti mencari pembantu yang sesuai serta sanggup bekerja lama . Mereka yang mempunyai anak - anak kecil lebih menghadapi masalah kerana terpaksa memikirkan di mana anak - anak mereka boleh ditinggalkan . Bukan semua orang gaji boleh menjaga anak - anak dirumah, dan oleh itu ibu yang bekerja perlu memikirkan tentang mana hendak meninggalkan anak mereka sama ada di rumah orang lain atau di pusat jagaan kanak - kanak . Bagaimanapun , ini juga tidak dapat menamatkan masalah kerana perasaan tidak senang hati mungkin timbul dari masa ke masa terutamanya semasa anak - anak mereka sedang sakit . Selalunya , dalam keadaan ini , seseorang ibu yang bekerja itu terpaksa mengambil cuti untuk menjaga anaknya dengan sendiri . Hanya mereka yang mempunyai ibu bapa yang tinggal bersama dengan mereka itulah yang mungkin menghadapi kurang beban emosi .
Tadika - tadika selalunya mahukan ibu bapa mengambil anak mereka pulang jika didapati anak mereka tidak sihat kerana takut penyakit itu berjangkit kepada kanak - kanak lain . Apabila keadaan seperti ini berlaku ibu yang bekerja terpaksa berikhtiar untuk mengatasi keadaan ini sama ada dengan meminta pertolongan kawan - kawan , saudara mara atau mereka sendiri mengambil cuti . Jika anak mereka yang sakit itu ditinggalkan dengan orang lain perasaan ibu tidak akan tenteram kerana selalu memikirkan tentang anaknya di waktu dia sedang berada di pejabat . Tekanan emosinya mungkin lebih tinggi jika majikannya tidak mahu memahami masalah yang dihadapinya itu .
Perasaan  serba - salah
Ramai ibu yang berasa serba - salah apabila terpaksa bekerja dan meninggalkan anak - anak mereka dalam jagaan orang lain . Ada yang berfikir bahawa anak mereka akan kurang berpenyakit jika mereka tidak bekerja dan hanya duduk dirumah bersama - sama anak - anak mereka . Mereka mungkin berasa serba salah meninggalkan anak mereka yang menangis pada penjaga semasa dia hendak ke pejabat . Jika sesuatu kemalangan tertimpa ke atas anak mereka , mereka mudah menyalahkan diri sendiri . Selalunya mereka berfikir yang kemalangan itu tidak akan berlaku jika mereka tidak bekerja dan sebaliknya mengasuh anak dirumah . Seterusnya , perasaan mereka juga mungkin tersinggung jika anak mereka didapati lebih rapat atau lebih mesra dengan penjaga . Mereka mungkin juga tersinggung jika didapati anak mereka selalu sangat menanggis dirumah .
Sebaliknya , ramai juga ibu - ibu yang tidak bekerja yang berasa serba - salah tidak bekerja terutamanya jika mereka mempunyai kelulusan akademik yang tinggi serta latihan yang khusus . Mereka mungkin berfikir yang mereka berupaya mendapat gaji yang lumayan yang boleh meninggikan lagi taraf sosio - ekonomi keluarga . Oleh itu , sama ada ibu bekerja di pejabat atau terpaksa berada di rumah perasaan serba - salah tetap timbul .
 Ramai ibu yang ingin memberi susu badan kepada anak - anak mereka tetapi tidak berupaya kerana terpaksa bekerja . Tetapi ada ibu - ibu yang dapat meneruskan amalan ini walaupun mereka bekerja . Mereka boleh berikhtiar untuk mendapatkan penjaga rumahnya memberikan susu badan yang telah diperah keluar dan disimpan dalam peti sejuk . Susu badan boleh disimpan dengan lamanya sehingga lebih dari seminggu jika disimpan didalam freezer untuk dibekukan . Susu yang dibekukan ini sebelum diberi kepada bayi boleh dicairkan dengan menyiram botol yang berisi susu itu dengan air sejuk , dan diikuti dengan air panas . Jika penyusuan badan boleh diteruskan walaupun ibu terpaksa kembali kerja ini akan memberi manfaat yang besar kepada bayi dan juga diri ibu itu sendiri . Pada masa kini jarang terdapat dinegara ini pejabat - pejabat yang memberi kemudahan bagi ibu - ibu yang memberi susu badan kepada bayi - bayi mereka . Amalan penyusuan badan di kalangan ibu - ibu yang bekerja adalah sangat berkurangan hingga sudah menjadi kebiasaan bagi ibu - ibu meminta ubat untuk mengeringkan susu badan mereka . Ada pula ibu - ibu yang khuatirkan perkembangan anak - anak mereka terjejas jika mereka bekerja . Tetapi perkembangan kanak - kanak tidak akan terjejas jika dia menerima penjagaan yang berkualiti walaupun ibunya bekerja . Jika pengasuh atau penjaganya berpengalaman dalam aspek - aspek penjagaan kanak - kanak serta pandai pula melayan kanak - kanak dengan baik dan mesra proses perkembangan kanak - kanak itu akan terus berjalan dengan baiknya . Sebaliknya pengasuh atau pekerja yang tidak cekap dan tidak memberi stimulasi kepada kanak - kanak boleh menimbulkan masalah - masalah seperti kanak - kanak itu lambat bercakap , tidak menunjukkan minat terdapat persekitarannya atau menunjukkan personaliti yang tidak sihat seperti sugul atau suka menangis .
Adalah penting bagi ibu - ibu itu berasa yakin akan diri mereka sendiri dan gembira di atas apa sahaja pilihan yang dibuat , sama ada terus bekerja atau terus berada di rumah untuk menjaga anak -anak . Jika seseorang ibu yang bekerja kerap kali mengalami tekanan emosi dipejabat dan merasakan sukar untuk memenuhi tanggungjawab yang ada di pejabat dan merasakan sukar untuk memenuhi tanggungjawab yang ada di pejabat dia akan balik ke rumah setiap hari dengan perasaan tidak tenteram serta letih . Dalam keadaan begini suasana di dalam rumahnya akan muram dan ini akan membawa kesan buruk kepada perkembangan personaliti anak - anaknya . Sudah tentulah ibu yang bekerja di pejabat apabila balik ke rumah mungkin terpaksa memikirkan hal ehwal rumahtangga seperti menyediakan makanan untuk keluarganya , pergi ke kedai untuk membeli barang - barang keperluan dan menjaga anak yang jatuh sakit . Setiap wanita berbeza di antara satu dengan yang lain dari segi staminanya , keupayaannya untuk mengatasi tekanan - takanan hidup serta sikapnya terhadap kerja . Adalah perlu bagi para suami memberi bagi galakan emosi kepada isteri kerana ini pasti dapat mengurangkan beban yang dirasai oleh para isteri itu . Adalah penting bagi seseorang ibu yang bekerja berasa gembira dengan dirinya sendiri serta pekerjaannya kerana dengan ini anak - anaknya sendiri akan menyerap sikap - sikap yang positif itu pada apa sahaja peringkat usia mereka . Ibu - ibu yang bekerja perlu digalakkan untuk mendapat waktu rehat yang mencukupi serta makanan yang seimbang setiap hari . Mereka patut berpeluang untuk berkecimpung di dalam sesuatu aktiviti yang boleh memberikan kepuasan kepada diri mereka sendiri .
Ibu - ibu yang keluar bekerja selalu juga tertanya - tanya akan cara yang paling sesuai untuk mendidik anak mereka .
Ada berbagai - bagai kaedah yang sesuai yang boleh digunakan . Yang penting adalah ibu dan bapa itu dapat memberikan suasana yang gembira bagi anank- anak mereka serta meluangkan masa untuk bercakap serta mendidik anak - anak mereka . Insyaallah mereka akan berjaya membentuk personaliti anak mereka agar sihat dan teguh .
sumber: http://www.hamidarshat.com/anak-kesihatan-informasi-165/179.html
p/s: kawan2 alam maya marilar kiter kongsi cerita bersama2..... selamat membaca....

Kesian Anak Mama!

Macam biasa balik dari kerja sampai kat rumah pakcik teksi pukul 7 malam. Turun2 dari teksi dalam kotak fikiran teringat macam2 nak buat! Terus pergi rumah kak sue ambil maruku n pegi kedai dobi ambil comforter kat kedai dobi aunty kay pastue terus ambil farisha dekat rumah BS. Barular dapat sampai rumah. Macam nie kerja wifey, yang tak abes2 kerja sampailar nak tidur!.

Nampak en. husben pon sampai rumah sekali. Huh lega betui. Bole die layan farisha kejap sementara nak mandi. Hehehehheh, sementara membuka puasa dengan maruku layan kejap cerita sofiya yang tak abes2 ditimpa masalah. Pastue en husben tanyer... "alin nak makan aper arinie?" alin pon jawab entah! en husben cakap die nak makan sup ekor kat kedai. Ini bermakna tak payah masak Horeeyyyy.... Bole cuti memasak...


Siap2 terus pegi pekan koboi bukit sentosa isi minyak n beli susu farisha. Lepas tue barular pegi kedai makan YUSRO.. Maser tue badan dah terasa sengal2 sbb tak cukup rehat. hari ahad sibuk melayan adik beradik n mak datang rumah... Dah siap2 makan terus balik n kemas2 aper yang patut n sembahyang isyak n siap sedia untuk tido.

Tutup semua lampu dengan harapan farisha tido sekali. Pastue Farisha tak tido2, alin dah terlelap dah tapi farisha sibuk nak main lagik. Huh kepala ku dah sakit sangat nie n mengantuk sangat. Dah tak bole nak tahan lagik. Farisha menjerit2 "mama2!" alin pon tengok naperlar Farisha menjerit nie! Rupernyer die dah bukak seluar dengan baju die. Yerlar sajer buat hal sebab mama tak layan die. Dalam hati kesian! tapi mata n badan ku dah tak larat lagik nak menahan. Alin pon terus amik farisha n letak kat luar dengan papa tgk TV n terus alin tutup pintu bilik n Boom kat tilam. Farisha menangis2... Mama! Mama! Mama!.... nak masuk. Tak lamer tue papa bagi  Farisha masuk bilik, farisha naik katil n alin pujuk2. Terus Farisha tido dengan lenanyer. Huh lega, alin menarik nafas panjang sbb bole tido dengan tenang!

Tapi dalam kepalaku asyik terpikir n raser seber salah dekat farisha sebab tak layan die. Maafkan mama sayang mama penat sangat. Esok Mama tak keje mama bawak farisha pegi jalan2 OK! 






ps: Macam nielar keadaan mama yang bekerja..... maafkan mama sayang!  isk...sisk...iskkk...

Mr. Popper's Penguin Cerita Kegemaran Anakku

Inilar citer kegemaran farisha sejak daripada beli CD sampai sekarang ingat nak dekat sepuluh kali Farisha tgk citer nie. Siap dah hafal part2 best lagik. Ok ini serba sedikit sinopsis cerita Mr Popper's Penguin tue.


Mr Popper’s Penguins mengisahkan kasih sayang yang ditunjukkan keluarga Popper ketika kecil. Walaupun sibuk belayar mengelilingi dunia, si bapa tidak pernah putus berhubung dengan anak tunggal lelaki kesayangannya. 


Namun masa berlalu sehingga si bapa hilang seketika. Popper rasa terasing dan membesar menjadi seperti bapanya tanpa disedari. 


Hinggalah satu hari, si bapa meninggalkan wasiat seekor burung penguin sebagai hadiah kepadanya. Sejak kehadiran burung itu, hidup Popper berubah dan menghakis sikap penting diri. Secara jujur, keseluruhan filem mungkin menjadi tragedi Carrey sebagai penyelamat. Malah kehadiran pembantunya, Pippi (Ophelia Lovibond) berjaya mengundang ketawa. Terutama pada fizikal karakter Pippi yang pelat Inggeris dengan ketaksuban menggunakan perkataan bermula huruf ‘p’. Plotnya yang ringan dan klise. Farisha suker sangat penguin tue. Farisha pggl dengan pelat2 "Wiwin". Mama nak tgk Wiwin... Nak tgk Wiwin....

wakakak mr popper tue bangun semua penguin ada atas katil.

Alin syorkan tgklar citer nie mmg best sangat. Bukan farisha jerk suker dengan mama2 sekali terjebak. Selamat terhibur!



Akibat terlampau suker sangat farisha pon ajuk penguin tue jalan dengan tangan di belakang 

Sunday, 23 October 2011

Mama Belajar Buat Coklat

Disebabkan Farisha anakku suker makan coklat. Mama pon pergi belajar buat coklat. kebetulan 15 Oct aritue emak datang. So bolelar jagakan Farisha si chomei tue. Kelas tak jauh dari umah saya kat rawang tue. Kelas mula start dari pukul 10.00pagi sampai 2petang.  Terima kasih Eeja Bakery sebab menunjuk ajar saya buat coklat yang chomei n sedap. Yum..Yum... Kelas terbahagi kepada dua pakej satu Pakej Rm150 n  Rm100. Seronok sangat kelas tue. Yerlar lagi pon saya mmg minat sangat nak buat coklat tue. Kelas nie buka dari hari isnin hingga sabtu (10pg -2ptg). Kelas coklat nie terhad kepada 2 org sahaja dalam satu masa. So kalo nak pegi kene booking dulu. Kelas dah cukup 2 org ker belum untuk hari tersebut. Maser saya belajar tue sorang jerk. Tapi alin tak kesah sbb nak ilmu kan? Nielar pakej RM150 yang saya belajar tue:

 PAKEJ A - RM150.00 (praktikal sepenuhnya)
  • Jenis-jenis coklat : Couverture dan Compound
  • Teknik Tempering bagi Coklat Couverture
  • Belajar membuat 6 jenis coklat yang popular & komersial :-
  • Coklat Praline Badam
  • Coklat Nutty Praline
  • Coklat Oreo Edible Image
  • Coklat Perisa Oren (Teknik Membuat Kelongsong)
  • Coklat Lollichoc (Teknik Mewarna)
  • Coklat Wafer (Teknik Enrobing)
  • Pelbagai tips untuk membuat coklat yang berkualiti
  • Senarai Pembekal bahan-bahan mentah
  • Cara Pembungkusan
Nota : Sila bawa tupperware kosong. Anda akan bawa pulang min 40 biji coklat.


Heheheh balik2 dari kelas terus Farisha serbu nak makan coklat.... Ok mari kiter cuci mata  apa yang saya belajar aritue.









p/s: kawan2 chomei n nampak sedap tak? kalo nak order tuk hantaran, besday, tunang bole jerk. Sedia menerima tempahan. Heheheheh...

Thursday, 20 October 2011

New Style Farisha

Disebabkan anak mama tak nak sikat rambut ataupun ikat rambut. Mama menjatuhkan hukuman kerat rambut pendek! hehehehheh... Rimas Tgk anak mama rambut kusut masai pastue asyik garu2 rambut! Macam ader kutu menggarunyer. Rupernyer berpeluh2 sbb rambut die tebal sangat! Camner chomei tak farisha dengan rambut barunyer.

Sebelum
#
#
#
#


Selepas



Wednesday, 12 October 2011

Bajet 2012: Bantuan RM500 diagih Januari

Berita baik Bagi keluarga Keluarga berpendapatan isi rumah di bawah RM3,000 layak terima wang. Kerajaan akan mengagihkan pemberian bantuan rakyat sebanyak RM500 kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah, mulai Januari 2012. 


Baguslar kesian bagi yang anak ramai tue nak sekolah, barang2 semua dah mahal. Sekarang nie pendapatan bawah RM3000 mmglar tak cukup. Nak sewa rumah, nak makan, tuk anak2 lagik... Harap sesiapa yang dapat duet RM500 dapat membantu mereka yang susah untuk menempuhi kehidupan sekarang nie. Lagi satu gunalar duet tue pada jalan yang betul.



Imbas Kenangan Lalu Dan Kini

FARISHA SEMAKIN MEMBESAR DENGAN JAYANYER

Moh kiter tgk farisha dari hari pertama melihat dunia sampai 2 Tahun 5 Bulan 

 Tepat pukul 3.32 pagi 04/05/2009 permata hatiku lahir. Kami sambut dengan hati gembira dan macam tak percaya kami sudah ada anak... Hikhikhik...

Selepas 1 jam baru lahir

hari ke-2

hari ke-3

Seminggu kaki ngan tangan tak nak bedung

2 Mgg terus Kluar Tangan


3 Mgg mata besar jerk, jaga malam ajak mama main

3 Mgg Tido lasak sampai kluar dari tilam..

Tgk tue punyerlar sedap die tido

Cenyum


2 bulan masa nie 3 ke 4 pagi, ajak main



tembam! Pipi berat sangat masa 3 bulan. Snap pict masa majlis aqiqah farisha

Lepas aqiqah botak heheheh. baju pon tak muat

6 bulan merangkak

7 Bulan Dapat Walker

8 Bulan Budak Debab

9 Bulan Meniti2 Operasi Kemas Mengemas




10 Bulan Mama beli Walker and Ride. Farisha Berusaha Sungguh2 tolak tuk latih berjalan. Dalam Seminggu tolak2 walker tue terus dapat jalan dengan jayanyer. Paling tak bole lupe masa die start jalan tue jalan2 sikit pastue laju2 terus dapat jalan. Heheheheh tak percaya tgk! Bagus anak mama...



10 Bulan  Start Dah Jalan

Heheheh Dah pandai Jalan Terus Bawak Pegi Zoo Tgk Binatang



Farisha dah Setahun (04/05/2010)... heheheheh maser nak potong kek nangis sbb die nak pgg sendiri. Tak kasi mama pgg sekali. Nak potong sesuka hati die...




Setahun  ke Setahun Setengah 



Sekejap jerk masa berlalu, 2 tahun dah anak mama (04/05/2011). hehehhe. Pandai potong kek sendiri!

 Pict maser kat cable car genting

dah boleh tlg mama menyapu

Gambar hari raya dengan pakcik

Gambar Terbaru Dapat Duet Rayer Maser Sambutan Raye FM Perodua

Gambar paling terbaru malam Tadi (12/10/2011)

Sekejap jerk anak mama dah besar. Daripada kecik sampai 2 tahun 5 Bulan. Cakap pon dah bole lepas demam haritue. Macam2 bende baru kami tempuhi. Hehehheheh.... farisha mmg penghibur mama dan kami sekeluarga. Semoga anak mama menjadi anak yang solehah n cerdik pandai. 

pst: Orang semua tanyer biler mama nak tambah anak lagik. heheheh... Insyallah  kalo ader rezeki aderlarkan. Hikhikhik...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...