Dengan menengking, ibu bapa mengharapkan anak akan menurut perintah mereka dan takut. Namun menurut psikologi seharusnya ibu bapa mencari cara lain untuk menasihat dan menegur anak kerana tidak elok menengking mereka.
Menengking boleh memberi pengaruh yang buruk kepada perkembangan si kecil kerana ibu bapa sering menengking boleh merenggangkan hubungan mereka dengan si kecil. Selain itu, tengkingan juga tidak akan memberi pengajaran berguna kepada anak-anak.
Ketika anda menengking, mungkin anda berfikir itu adalah cara anda meluahkan kemarahan kepada anak-anak. Namun bagi si kecil yang ditengking akan berasa tertekan dan merasakan dirinya tidak berharga dan mengecewakan ibu bapanya.
Si kecil yang pada usia pra sekolah, tidak akan melawan andai ditengking tetapi akibat dari sikap pasif mereka akan menimbulkan masalah kepada ibu bapa kerana tidak tahu tekanan psikologi yang dialami akan akibat ditengking.
Ibu bapa yang biasa menengking anak-anak akibat kemarahan sebenarnya mendidik anak-anak untuk melakukan hal yang sama kepada mereka. Apa yang penting, anda boleh bersikap tegas kepada anak-anak tetapi bukan dengan cara menengking mereka.
sumber: Si Manja Cerdik & Pintar
Anak adalah anugerah yang tidak terkata yang allah berikan kepada kita oleh itu didiklar anak dengan didikan yang sempurna dengan penuh kasih sayang. Tapi kita perlu juga tegas kepada anak kita sebab anak kita tgh belajar mana yang salah dan betul. Jangan sampai satu hari nanti anak kita plak tengking kita balik.Oleh itu mari kiter sama2 elakkan menengking anak kita.
p/s: selamat beramal.... kesian dekat anak kita yang sentiasa mengharap kasih sayang kita!
No comments:
Post a Comment