Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, 24 October 2011

Dilema Mama Yang Bekerja!


MASALAH - MASALAH IBU YANG KELUAR BEKERJA 
Proses perindustrian yang berlaku dalam sesebuah negara seperti Malaysia membawa berbagai - bagai kesan serta perubahan pada cara kehidupan manusia . Satu daripada keadaan yang pasti berlaku ialah ramai wanita keluar bekerja unrtuk menguatkan kestabilan ekonomi keluarga mereka . Kini ramai wanita mempunyai kelulusan tinggi serta telah menjalani latihan - latihan khusus lalu mudah mendapat kerja . Seseorang ibu yang keluar bekerja sudah tentulah akan mempunyai dua pekerjaan , satu sebagai isteri dan ibu dirumah dan satu lagi sebagai pekerja . Yang berkemampuan untuk mendapat pembantu rumah pun kadangkala tetap menghadapi masalah seperti mencari pembantu yang sesuai serta sanggup bekerja lama . Mereka yang mempunyai anak - anak kecil lebih menghadapi masalah kerana terpaksa memikirkan di mana anak - anak mereka boleh ditinggalkan . Bukan semua orang gaji boleh menjaga anak - anak dirumah, dan oleh itu ibu yang bekerja perlu memikirkan tentang mana hendak meninggalkan anak mereka sama ada di rumah orang lain atau di pusat jagaan kanak - kanak . Bagaimanapun , ini juga tidak dapat menamatkan masalah kerana perasaan tidak senang hati mungkin timbul dari masa ke masa terutamanya semasa anak - anak mereka sedang sakit . Selalunya , dalam keadaan ini , seseorang ibu yang bekerja itu terpaksa mengambil cuti untuk menjaga anaknya dengan sendiri . Hanya mereka yang mempunyai ibu bapa yang tinggal bersama dengan mereka itulah yang mungkin menghadapi kurang beban emosi .
Tadika - tadika selalunya mahukan ibu bapa mengambil anak mereka pulang jika didapati anak mereka tidak sihat kerana takut penyakit itu berjangkit kepada kanak - kanak lain . Apabila keadaan seperti ini berlaku ibu yang bekerja terpaksa berikhtiar untuk mengatasi keadaan ini sama ada dengan meminta pertolongan kawan - kawan , saudara mara atau mereka sendiri mengambil cuti . Jika anak mereka yang sakit itu ditinggalkan dengan orang lain perasaan ibu tidak akan tenteram kerana selalu memikirkan tentang anaknya di waktu dia sedang berada di pejabat . Tekanan emosinya mungkin lebih tinggi jika majikannya tidak mahu memahami masalah yang dihadapinya itu .
Perasaan  serba - salah
Ramai ibu yang berasa serba - salah apabila terpaksa bekerja dan meninggalkan anak - anak mereka dalam jagaan orang lain . Ada yang berfikir bahawa anak mereka akan kurang berpenyakit jika mereka tidak bekerja dan hanya duduk dirumah bersama - sama anak - anak mereka . Mereka mungkin berasa serba salah meninggalkan anak mereka yang menangis pada penjaga semasa dia hendak ke pejabat . Jika sesuatu kemalangan tertimpa ke atas anak mereka , mereka mudah menyalahkan diri sendiri . Selalunya mereka berfikir yang kemalangan itu tidak akan berlaku jika mereka tidak bekerja dan sebaliknya mengasuh anak dirumah . Seterusnya , perasaan mereka juga mungkin tersinggung jika anak mereka didapati lebih rapat atau lebih mesra dengan penjaga . Mereka mungkin juga tersinggung jika didapati anak mereka selalu sangat menanggis dirumah .
Sebaliknya , ramai juga ibu - ibu yang tidak bekerja yang berasa serba - salah tidak bekerja terutamanya jika mereka mempunyai kelulusan akademik yang tinggi serta latihan yang khusus . Mereka mungkin berfikir yang mereka berupaya mendapat gaji yang lumayan yang boleh meninggikan lagi taraf sosio - ekonomi keluarga . Oleh itu , sama ada ibu bekerja di pejabat atau terpaksa berada di rumah perasaan serba - salah tetap timbul .
 Ramai ibu yang ingin memberi susu badan kepada anak - anak mereka tetapi tidak berupaya kerana terpaksa bekerja . Tetapi ada ibu - ibu yang dapat meneruskan amalan ini walaupun mereka bekerja . Mereka boleh berikhtiar untuk mendapatkan penjaga rumahnya memberikan susu badan yang telah diperah keluar dan disimpan dalam peti sejuk . Susu badan boleh disimpan dengan lamanya sehingga lebih dari seminggu jika disimpan didalam freezer untuk dibekukan . Susu yang dibekukan ini sebelum diberi kepada bayi boleh dicairkan dengan menyiram botol yang berisi susu itu dengan air sejuk , dan diikuti dengan air panas . Jika penyusuan badan boleh diteruskan walaupun ibu terpaksa kembali kerja ini akan memberi manfaat yang besar kepada bayi dan juga diri ibu itu sendiri . Pada masa kini jarang terdapat dinegara ini pejabat - pejabat yang memberi kemudahan bagi ibu - ibu yang memberi susu badan kepada bayi - bayi mereka . Amalan penyusuan badan di kalangan ibu - ibu yang bekerja adalah sangat berkurangan hingga sudah menjadi kebiasaan bagi ibu - ibu meminta ubat untuk mengeringkan susu badan mereka . Ada pula ibu - ibu yang khuatirkan perkembangan anak - anak mereka terjejas jika mereka bekerja . Tetapi perkembangan kanak - kanak tidak akan terjejas jika dia menerima penjagaan yang berkualiti walaupun ibunya bekerja . Jika pengasuh atau penjaganya berpengalaman dalam aspek - aspek penjagaan kanak - kanak serta pandai pula melayan kanak - kanak dengan baik dan mesra proses perkembangan kanak - kanak itu akan terus berjalan dengan baiknya . Sebaliknya pengasuh atau pekerja yang tidak cekap dan tidak memberi stimulasi kepada kanak - kanak boleh menimbulkan masalah - masalah seperti kanak - kanak itu lambat bercakap , tidak menunjukkan minat terdapat persekitarannya atau menunjukkan personaliti yang tidak sihat seperti sugul atau suka menangis .
Adalah penting bagi ibu - ibu itu berasa yakin akan diri mereka sendiri dan gembira di atas apa sahaja pilihan yang dibuat , sama ada terus bekerja atau terus berada di rumah untuk menjaga anak -anak . Jika seseorang ibu yang bekerja kerap kali mengalami tekanan emosi dipejabat dan merasakan sukar untuk memenuhi tanggungjawab yang ada di pejabat dan merasakan sukar untuk memenuhi tanggungjawab yang ada di pejabat dia akan balik ke rumah setiap hari dengan perasaan tidak tenteram serta letih . Dalam keadaan begini suasana di dalam rumahnya akan muram dan ini akan membawa kesan buruk kepada perkembangan personaliti anak - anaknya . Sudah tentulah ibu yang bekerja di pejabat apabila balik ke rumah mungkin terpaksa memikirkan hal ehwal rumahtangga seperti menyediakan makanan untuk keluarganya , pergi ke kedai untuk membeli barang - barang keperluan dan menjaga anak yang jatuh sakit . Setiap wanita berbeza di antara satu dengan yang lain dari segi staminanya , keupayaannya untuk mengatasi tekanan - takanan hidup serta sikapnya terhadap kerja . Adalah perlu bagi para suami memberi bagi galakan emosi kepada isteri kerana ini pasti dapat mengurangkan beban yang dirasai oleh para isteri itu . Adalah penting bagi seseorang ibu yang bekerja berasa gembira dengan dirinya sendiri serta pekerjaannya kerana dengan ini anak - anaknya sendiri akan menyerap sikap - sikap yang positif itu pada apa sahaja peringkat usia mereka . Ibu - ibu yang bekerja perlu digalakkan untuk mendapat waktu rehat yang mencukupi serta makanan yang seimbang setiap hari . Mereka patut berpeluang untuk berkecimpung di dalam sesuatu aktiviti yang boleh memberikan kepuasan kepada diri mereka sendiri .
Ibu - ibu yang keluar bekerja selalu juga tertanya - tanya akan cara yang paling sesuai untuk mendidik anak mereka .
Ada berbagai - bagai kaedah yang sesuai yang boleh digunakan . Yang penting adalah ibu dan bapa itu dapat memberikan suasana yang gembira bagi anank- anak mereka serta meluangkan masa untuk bercakap serta mendidik anak - anak mereka . Insyaallah mereka akan berjaya membentuk personaliti anak mereka agar sihat dan teguh .
sumber: http://www.hamidarshat.com/anak-kesihatan-informasi-165/179.html
p/s: kawan2 alam maya marilar kiter kongsi cerita bersama2..... selamat membaca....

1 comment:

  1. Alhamdullilah, alin dapat pengasuh farisha yang baik n sayang kat farisha. Lega sikit hati mama. Semoga anak mama membesar sebagai anak yang solehah!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...