Daisypath Anniversary tickers

Followers

Thursday, 3 November 2011

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha



Tgl satu hari lagi kita akan sambut Raya Aidiladha iaitu pada 13 Nov 2011. Kami sambut raya tahun nie di Rembau N9 kampung sebelah papa farisha. Tahun ini dapatlar farisha tgk kerbau kene korban sbb kami buat korban dirumah. Alin pon tak pernah tgk kerbau kene korban, rasa teruja plak. Kalo sempat alin tangkap gambar yang menarik bolehlar tunjuk dekat kawan2. Mari kita sama renung sekejap apa itu Hari Raya Aidiladha (Hari Raya Haji). Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kawan2.


Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...