Daisypath Anniversary tickers

Followers

Sunday, 19 February 2012

Farisha Menikmati Tutti Fruity...


Semalam jalan2 di Mines. Huh dah lama sungguh tak pegi. Mines tue memang tempat Alin lepak2, cari kasut, cari beg, cari rantai, gelang silver dan cari handphone dan tengok wayang zaman single mingle dulu. Huhuhuhu... Yerlar zaman muda mudikan. 

 Sambil jenjalan terjumpa plak Tutti Fruity booth yang diorang war war sedap tue. Hehehehhe. Ok habis2 jerk timbang n bayar, Farisha duduk terus makan. Tgk muka cam sedap jerk. Tutti Fruity nie rasernyer macam yogurt (masam2). Yum...yum.yum...

Nielar Tutti Fruity tue RM12.75. Perisa Rasberry topping smarties. Muka Farisha teruja jerk.

Langsung tak nak tgk camera. Kusyuk sungguh...

*Ok Farisha nanti mama belanja makan tutti fruity lagik ek. Nak letak topping banyak2 plak...

Dapat Duit Syiling Baru 2012

Hari Sabtu aritue beli makanan dekat cafe, alin terpinga2 dapat duet syiling baru (tak tahular kalo org lain dah dapat dulu). Teruja sungguh. Heheheh. Yang paling kelakar tue, dapat2 jerk duit dari cashier terus menung kat duet. Takut dapat duet dari negara mana. Yerlar dapat tgk kat gambar jerkkan. Biler tgk real terus blur2. Tgk dekat2, ada gambar bunga raya, ok itu duet syiling baru. hehehhehe... Nie pict duit syiling yang alin dapat. 

Nielar duet yang Alin dapat (duit Syiling 50 sen berlekuk2 sikit n 50 sen bulat)

Duit Malaysia baru

Duit syling yang diperbaharui...


* Berita baik duit syiling nie sangat ringgan n tak koyakan purse.

Thursday, 16 February 2012

DEmaM K-Pop !!!!!!



Hari ini bersamaan hari Jumaat, sambutan Chinese New Year kat dewan tempat keje. Best jgk tahun nie aktivitinyer. Kalo tidak tarian cina n budak kecik menari sama jerk tiap2 tahun, borink plak. Tapi tahun nie siap ader K-Pop tue.  Ekekekkeke. Demam Korea betuilar diorang nie... Hehehehheheh...Pembukaan Tarian singa memang tidak ketinggalanlar. Tapi naper tak kluar mamat2 hensom dari korea. Kalo tidak dapat cuci mata yang berhabuk nie. Opssss. Hehehehheheh... Jom layan pict masa celebration:


Upacara pembukaan Tarian Singa

Menari K-POp (Demam K-poP terus). Opss terbeliak terus pekerja2 office.

Tarian Tradisional Korea



Tarian tradisional korea (Pusing)

* sambut chinese new year tapi jemput korea....

Wednesday, 15 February 2012

Pindah Bangunan Baru... Penghijrahan 2012...

Herm nielar keje Alin lepas balik Langkawi. Penat betul selamat dah menenangkan fikiran dulu kat Langkwi. Nak update cerita pasal pegi Langkawi pon tak sempat. Tempat kami bekerja berpindah ke bangunan baru. So aper lagi kenelar angkut fail2 yang berada berkurun2 dalam bilik fail tue. Kalo buat sejarah pon bolelar  mana tak nyer dari zaman 80 an pon ader....

Jeng...Jeng...Jeng... Nielar keje alin selama seminggu nie.

Kemas2 tempat sendiri dulu

Nie yang perlu dilupuskan 

Sekitar pool penuh dengan kotak

Sebelum nak hantar kotak kenelar label dulu

Lepas label kenalar gam kat kotak 

Nielar model alin, cik mai. hehehehhe...

Nie kotak2 yang telah disimpan Fail..

Penat sungguh. Tapi oklar bole excercise, buang lemak sikit... Hehehhehe... Hari sabtu nie kene keje banyak bende lagi nak buat ...


Rezeki Mari Kiter Kongsi2....

Yeah Kak Dana arinie dah dapat souviner dari Langkawi. Aritue tak sempat nak tangkap pict. Hari Isnin Pos Express Hari Rabu sampai. Alin bagi Kak Dana sebab die memang sll lawat blog Alin yang tak seberaper nie. Huhuhuu. Walaupun baru beberapa bulan kenai tapi macam dah lama kenal. Maybe ader chemistry kot. Hehehehheh. Harap Kak Dana Suker...

Kak Dana Pinjam Gambar

Tuesday, 7 February 2012

Mari Memulakan Rutin Harian

Wah lama betul cuti dari hari Rabu (cuti wilayah) + hari khamis + hati jumaat sampai hari selasa semalam. Huh lama betul sampai Farisha cakap tak nak duduk dengan mak yan (BB sister) nak Mama, tak nak Mak Yan. Huhuhuhuu. Dah seronoklar tue dengan Mama die, herm apa lagik naik lemak pon aderlar Farisha (manja betui rimas). Huhuhuhuu. Malam rabu pergi Langkawi Balik sini Hari sabtu malam. Sempat makan ikan bakar kat Kuala Perlis. Yum...Yum....

Herm selepas beberapa hari malas nak bekerja kini kembali semangat semula. Huh lega kalo tak macam mayat bernyawa (zombi) jerk buat keje. Mana tak nyer buat kerja sama dah dekat 4 tahun and takder apa anugerah apa kalo buat keje rajin pon. herm org tak nampak. Memang takder motivasi langsunglar so kenelar buat vacation sendiri tuk hiburkan hati nie. hehehehhe (luahan hatilar pulak)...

Lepas jerk balik dari Langkawi Farisha kene virus tangan, kaki, mulutlar pulak. Kesian betul Farisha patutlar nampak letih masa kat Langkawi aritue! Farisha dapat virus nie berjangkit dengan jiran. Aritue masa sebelas bulan dah kene dah, itu masa die main kat playground. Herm memang tak bole main sebaranganlar kat Taman yang alin duduk tue. Memang ada jerk virus tue. Nielar sikap emak bapak yang sepatutnyer kurantinkan anak mereka tapi bawak jalan merata, akibatnyer budak2 lain yang kene. Kurang pengetahuan kot tentang penyakit nie. Masa Farisha kene 11 Bulan tue memang alin jaga betullar memang tak keluar rumah langsunglar.

Antara Tanda Penyakit Tangan, Kaki, Mulut (HFMD) ialah:

HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-

. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan

Tanda Farisha sebelum kulit melepuh tue:
- Demam
- Muntah2
- Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis

Cara jangkitan

HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan. Keterangan lanjut boleh rujuk pada blog nie http://drazwan.blogspot.com/2008/07/penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-dan.html

Nasihat

Kepada ibu bapa yang anak ada virus nie silalar ikut arahan doctor supaya tidak berjangkit dengan anak orang. Sekurang2 nyer tidak bermain dengan kanak-kanak lain dalam masa 7 hari. Dalam masa 7 hari pertama tue virus mudah merebak.

Kesian dekat Farisha gatal2. Yang menjadi mangsa mamalar tukang gosok. Dulu tak pandai cakap bolelar. Harap Farisha cepat sembuhlar. Adeh lepas harap antibody die kuat. Selalunyer lepas kene penyakit nie antibody die kurang sikit sebab dah lawan virus HFMD nie... Kesian Farisha dah dua kali kene.



 Macam nie Farisha kene. Lupe plak nak tangkap pict. Kesiankan. Kat tempat kawasan pampers lagik banyak...

Tuesday, 31 January 2012

Langkawi Tguuuuuuuuu Aku......

Hehehehehh. Cuti Panjang aper lagi jom menggunakannyer dengan sebaik mungkin. Walaupun kene amik cuti Khamis dan Jumaat. Hehehehehh.... Hari Khamis nanti Alin akan pergi Langkawi sajer bawak Farisha pergi bercuti2 Langkawi. Alin dah banyak kali pergi Langkawi masa muda mudi aritue siap patah kaki lagi masa nak naek ferry wakakkaka. Kelakar betul....

Sebelum pergi tue jom layan2 dulu! Aper yang ada kat Langkawi..... hehehhehehe...

Peta besar Langkawi

Dataran Helang memang perkara wajib

Pemandangan dari atas lepas naik kabel car 

Tasek Dayang Bunting 

Paling penting mama nak shopping. Shopping apa tue! Mari scroll bawah...

Pinggan mangkuk

Nak pergi Haji Ismail Group nak cokelat untuk tasha n mai

 Idaman Suri Shopping Juga

Wah nak pilih mana satu tue!

Tgu alin update blog yer lepas pergi Langkawi nati . So tguuuuuuuu... Boleh layan gambar masa kat sana nanti...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...