Daisypath Anniversary tickers

Followers

Tuesday 7 February 2012

Mari Memulakan Rutin Harian

Wah lama betul cuti dari hari Rabu (cuti wilayah) + hari khamis + hati jumaat sampai hari selasa semalam. Huh lama betul sampai Farisha cakap tak nak duduk dengan mak yan (BB sister) nak Mama, tak nak Mak Yan. Huhuhuhuu. Dah seronoklar tue dengan Mama die, herm apa lagik naik lemak pon aderlar Farisha (manja betui rimas). Huhuhuhuu. Malam rabu pergi Langkawi Balik sini Hari sabtu malam. Sempat makan ikan bakar kat Kuala Perlis. Yum...Yum....

Herm selepas beberapa hari malas nak bekerja kini kembali semangat semula. Huh lega kalo tak macam mayat bernyawa (zombi) jerk buat keje. Mana tak nyer buat kerja sama dah dekat 4 tahun and takder apa anugerah apa kalo buat keje rajin pon. herm org tak nampak. Memang takder motivasi langsunglar so kenelar buat vacation sendiri tuk hiburkan hati nie. hehehehhe (luahan hatilar pulak)...

Lepas jerk balik dari Langkawi Farisha kene virus tangan, kaki, mulutlar pulak. Kesian betul Farisha patutlar nampak letih masa kat Langkawi aritue! Farisha dapat virus nie berjangkit dengan jiran. Aritue masa sebelas bulan dah kene dah, itu masa die main kat playground. Herm memang tak bole main sebaranganlar kat Taman yang alin duduk tue. Memang ada jerk virus tue. Nielar sikap emak bapak yang sepatutnyer kurantinkan anak mereka tapi bawak jalan merata, akibatnyer budak2 lain yang kene. Kurang pengetahuan kot tentang penyakit nie. Masa Farisha kene 11 Bulan tue memang alin jaga betullar memang tak keluar rumah langsunglar.

Antara Tanda Penyakit Tangan, Kaki, Mulut (HFMD) ialah:

HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-

. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan

Tanda Farisha sebelum kulit melepuh tue:
- Demam
- Muntah2
- Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis

Cara jangkitan

HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan. Keterangan lanjut boleh rujuk pada blog nie http://drazwan.blogspot.com/2008/07/penyakit-tangan-kaki-dan-mulut-hfmd-dan.html

Nasihat

Kepada ibu bapa yang anak ada virus nie silalar ikut arahan doctor supaya tidak berjangkit dengan anak orang. Sekurang2 nyer tidak bermain dengan kanak-kanak lain dalam masa 7 hari. Dalam masa 7 hari pertama tue virus mudah merebak.

Kesian dekat Farisha gatal2. Yang menjadi mangsa mamalar tukang gosok. Dulu tak pandai cakap bolelar. Harap Farisha cepat sembuhlar. Adeh lepas harap antibody die kuat. Selalunyer lepas kene penyakit nie antibody die kurang sikit sebab dah lawan virus HFMD nie... Kesian Farisha dah dua kali kene.



 Macam nie Farisha kene. Lupe plak nak tangkap pict. Kesiankan. Kat tempat kawasan pampers lagik banyak...

4 comments:

  1. kesian.. kesian... parents budak tu kurang pendedahan tentang penyakit ni gaknyer.. hurmm.. X pe la.. Get well soon farisha comei..

    ReplyDelete
  2. alahai ngeri lak akak nengok dik...
    aritu ada gk lah si aiyan tu ruam camtu kt tgn ngn tpk tgn, tp ada seketul dua je, kt mlt takde... kt lidah pun takde..tkt gk lah akak... maklum dia kan antibody kurang kuat...

    tp tgk dh kering dh ruam tu...bukan la agaknyer... sian kalu budak2 skt..lg2 lah baby dia tak tau nk ckp

    ReplyDelete
  3. kak dana: penyakit nie demam 4 hari dulu. pastue pecah2 mulut, melepuh2 kat kaki ngan mulut! kak tgu tau hadiah misteri tue...

    ReplyDelete
  4. dik, akak dh dpt fm ngn coklat tu... time ksh banyak2...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...