Daisypath Anniversary tickers

Followers

Thursday, 8 March 2012

Sembahyanglah Kamu Sebelum Kamu Di Sembahyangkan

Salam Jumaat semua, mari kiter sama2 menghayati Doa Ketika Duduk diantara Dua Sujud.

 (sumber dari google)


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Sekarang Anak dara sibuk nak sembahyang.
Farisha: Mama2 Farisha nak sembahyang.
Mama: Jom kiter sembahyang sama tapi icha pakai telekong mama dulu ek.
            Nati Mama belikan telekong untuk icha ek
Farisha: Ok Mama!!!! cayunk Mama...

Baru habes sembahyang. Farisha terposing lebih. Huhuhuhu.

Melentur buluh biar dari rebung yer... Dah Malu-malu Pulak.. 
Macam2lar anak dara nie.

Semoga anak mama menjadi anak yang solehah 
dan mendengar kata. Amin...

Hari nie Mama dah beli telekong Farisha serupa macam nie. 
Harap anak mama suker. (gambar sumber dari google)



p/s: sembahyanglag kamu sebelum disembahyangkan. 

Wednesday, 7 March 2012

Nando's Best Ker?

Salam Khamis semua, dah nak masak ker bagi surirumah n dah beli makanan ker bagi yang bekerja? Arinie Alin bawak bekal tomyam. Yerlar kat KL Sentral nie makanan dah mahal. Ader ker satu lauk n satu masakan sayur RM 8.00 mau pengsan kalo dah sebulan. Tue baru jerk makan tengahari belum lagi sarapan or makan malam lagik. Kekik darah betui. Gaji bukan naik banyak tapi harga makanan naik mendadak Huh harap dijauhkanlar dari semua tue dan dimurahkan rezeki. Aminnnnn...

Heheheh. Sebenarnyer nak cerita alin makan di Nando's aritue. Huh tak sedap sangat. Makan Kenny Rogers lagi best banyak pilihan n besh. Bukan apa Nando's sos yer alin memang tak bole diterima tekak. Tak taular kalo ader orang suker.

Alin memang try Nando's nie First and lastlar. Huhuhuhu. Selamat tak bayar kalo tak mau meroyan. Alin sebenarnyer dapat kupon free 3 set  hidangan makanan. Huhuhuhu. Mula2 malu nak pakai tgk menu dulu nak order tue baru tunjuk kopun free. Kupon tue alin dapat daripada kawan. Rezeki jangan ditolakkan. Hehehehhe... Alin pesan untuk 2 set yang satu lagik take away. Tuk farisha alin pesan set kanak-kanak RM13. Air tuk kami RM22. Semuanyer RM35. Alin pilih Extra Hot Peri Peri Souce untuk hidangan ayam. Jom kiter tgk pict...

Nieler Coupon yang Alin dapat tue.
Sebelum tgu makanan si anak dara posing2 dulu

Herm dah baring2

Air Alin Hot Mocha... Sedap tak?

Mama n Farisha

Sets Dish For Children

Alin order 1/4 chicken wif Extra Hot Peri-Peri Souce Side Line Grill Vegetable and Chips Peri-Peri

Ok Dah siap makan

Bubye Nando's (Posing Depan Restaurant)


p/s: erm bagi Alin taklar sedap sangat. Makanan mak Alin masak lagik sedap.... hehehehhe selamat Free.




Tuesday, 6 March 2012

Child Skill Development

Selamat pagi semua, harap semua sehat2 belaka. Huh office nie memang sejuk betui. Dah beku dah nie. Cuma salji jerk tak turun lagik. Hehehhehe..

Yeay tahun nie Cik Husben belanjer Android phone untuk Alin sempena 4 tahun mendirikan tumahtangga. Hadiah nie Alin dapat awal sikit tarikh sebenarnyer 15 Mac. Sebab cik husben dah tak sabor nak membelinyer. Hehehheheh. Alin pon seronoklar jgk sbb bole surf internet terus dari phone tue. Nak tgk blog pon bole terus jerk dari situ. Selain daripada itu phone tue bukan tuk mama jerk. Tapi telah dikongker oleh anak dara Alin nie. Kalo nampak jerk alin pegang phone mulalar die macam cacing kepanasan nak gamelar nak dgr lagular.

Tapi ok jgk untuk development skill die sebab macam2 bole beli kat dalam application blackmarket. Bole main puzzle, kenal huruf, sebut perkataan. Bagus untuk anak mama, nanti anak mama cepat pandai dan tak boring belajar. Tapi pelikkan anak kiter2 nie memang cepat sangat tangkap. Kalo puzzle tue cepat jek siap. Alin ada jgk snap gambar Farisha masa main puzzle. Jom kiter tgk gambar nak celoteh banyak pon tak bestkan.... Tapi sebelum tu jom tgk anak dara Alin yang semakin membesar tue...


Ok nielar anak dara Alin yang semakin membesar. Pengemar bunga... gambar selingan dulu.

Cenyum nader2. Hehehhe...

Ok mula2 tarik bentuk yang berwarna masuk ke bentuk yang sesuai. Baguskan untuk Child Skill Development Bagus jgk papa belikan tuk mama bole jgk ajar farisha.

Ok Macam nie caranyer masukkan bentuk ke dalam bentuk yang sesuai. Selain tu bole kenal2 warna.

Ok dah siap, siap ada suara perempuan cakap CONCRETE MIXER.... bagus kan? Terpegun alin sebab farisha boleh siapkan task tersebut. Memang kagumlar. Alah budak sekarang memang cepat belajar teknologi2 terkini nie. Kalo dulu Alin komputer pon tak tau. hehehhehe...  

Thursday, 1 March 2012

Mari Dengan Semangat Yang Baru

Sorry kengkawan. Baru jerk nak update blog. Memang tak sempat langsunglar. Minggu nie kami sudah berpindah ke bangunan baru. Oklar ader semangat baru untuk bekerja. Tapi masalahnyer sejuk sesangatlar. Tak tahan... grrrr...grrrr. Nie pon raser nak demam. Huh memang banyak keje sekarang nie nak unpack baranglar keje yang tergendala lagik. Hehehehhehe. Adeh tak larat nak berceloteh dah. Jom kiter layan gambar jerklar. 

Nielar work station lama Alin

Nielar workstation yang baru serba putih jap lagik jadi belacanlar nie. Huhuhhu. Tapi kejap jerk bersih n kemas meja nie. Mari tgk picture di bawah.

Jeng Jeng  kerja yang tertangguh dari mgg lepas mulalar meja berselerak. hehehhehe. 
Nie betul bukan rekaan tau.

Tular sebabnyer tak sempat nak megupdate blog. Sorry sangat..... Banyak cerita nak cerita nie tapi tgu ek kengkawan... Peluk Cium Banyak2.

Monday, 27 February 2012

Jom Jalan2 Cari Makan....

Hye salam isnin pembuka minggu yang baru, mgg nie takderlar shopping sangat, duet pon ala2 kadar jerk kan. Nak tgu gaji SBPA tak muncul2 tibe. Wink.wink....  Sabtu aritue Just settlekan kredit kad, bayar duet umah sewa n bayar duet kereta. First sekali kenalar settlekan hutangkan. Huhuhuhuhu.

Kami relak2 dulu kat rumah sabtu siang  tue, yerlar cik husband pon baru balik dari keje malam kan? Petang tue baru kami pegi jenjalan cari makan. Mula2 takder idea nak makan mana. Pusing2 wangsa maju n sri rampai. Tiba di Sri Rampai tue terjumperlar Char KoewTeow Pak Ku. Alin pon ajak en husben try manerlar tau sedap ker tidak kalo tak try kan? Kedai nie memang blah tepi kaki lima n dekat simpang jerk.

Char KoewTeow kat Pak Ku oklar ada rasa, udang ada 3 ekor dan sedikit kerang kerangan. Yang paling penting telur dicuci yer. Hehehheheh... Kalo nak try mehlar datang Sri Rampai nie. Jom kiter layan dulu pictnyer dengan budak si gedik nie.

 Sign Board kedai Char KoewTeow Pak Ku

Farisha posing2 dulu sebelum dapat makanan

Tak baik tau Farisha menum air sejuk


Nielar Char KoewTeaw Yer Nampak sedap tak?

Dari tadi sibuk sedut jerk air sejuk...



Monday, 20 February 2012

Evening Primrose Oil

Huh di sebabkan hormon Alin tidak menentu, alin terus pergi guardian cari Evening Primrose Oil. Sebab tidak tahan dengan simptom2 Sindrom Sebelum Haid (PMS). Huh memang tak tahanlar. Kejang kakilar, sakit kepala macam nak pecahlar, bisa2 badanlar. Memang sakit betul... Sebenarnyer memang dah lamer doctor suggest supaya Alin ambil nie cuma alin jerk malas. Masa baru2 pas operate breast tue makanlar jgk. Tapi lepas kawin memang tak makan langsung. Huhuhuhuhu. Dah sakit mulalar nak cari kan?



So tengahari tadi Alin beli Evening Primrose Oil (EPO) Brand Blackmores. Harga EPO Alin beli tadi RM119.00 ada 2 botol n free 1 botol. Kandungan dua botol besar tue ada 180 capsules (2 botol) dan free (60 capsules). Huh memang puas hati. Kebetulan guardian buat promosi, memang berbaloi2lar.

Kebaikan Evening Primrose Oil nie memang banyak dan ianya adalah sangat baik untuk dalaman perempuan. 

Antara kebaikannyer ialah:


  • Membantu mengawal atur kitaran haid
  • Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS)-iritasi, sakit kepala, sakit payudara, kesenakkan dan kekejangan perut
  • Mengurangkan simptom putus haid-panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj
  • Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri -bermanafaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak.
  • Melegakan ekzema dan alergi kulit
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah

Antara kandungan pada EPO nie adalah:

 - Kaya dengan Asid GLA & LA


Maklumat Pengambilan

Secara umumnya kita perlu memastikan mendapat nutrient yang seimbang antara omega-6 dan omega-3. Ratio/julat yang seimbang antara omega-6 kepada omega-3 adalah 2:1 sehingga 4:1.

Kanak-kanak:
Untuk masalah kulit atau ruam, dos disarankan adalah 2000-4000mg EPO (dalam bentuk kapsul)sehari . Pengambilan EPO tiak digalakkan kepada kanak-kanak berusia 10 tahun dan kebawah. Telah dilaporkan pengambilan maksima EPO tidak boleh melebihi 0.5 gram/kg berat badan sehari. Oleh itu disarankan berbincang dengan pengamal perubatan sebelum memberi makanan tambahan kepada anak anda.

Dewasa:
Eczema atau atopic dermatitis : Evening primrose (EPO) 4,000 - 8,000 mg sehari.
Rheumatoid arthritis: Evening primrose oil (EPO), 3,000 mg sehari.
Diabetes: Evening primrose oil (EPO), 5,000 mg sehari.
Mastalgia (ketidakselesaan, sensitive dan kesakitan payudara) atau simpton pra haid (PMS): Evening primrose oil (EPO), 3,000 - 4,000 mg sehari.

Mari kiter tambah pengetahuan tentang EPO

Ketua Saintis Efamol Limited, Peter Clough, berkata antara petanda kekurangan EFA adalah kekeringan kulit, kehilangan air melalui kulit yang tinggi, penyembuhan luka yang perlahan dan lemah dalam melawan jangkitan kulit.

“Selain EFA dan LA, asid Gamma-Linoleik (GLA) penting untuk kulit. Bagaimanapun kulit adalah satu-satunya organ yang tidak dapat menghasilkan GLA. Bahan kimia yang kuat dan terkena pada kulit menyingkirkan lemak seperti LA dan GLA daripada permukaan dan merosakkan lapisan di bawahnya.

Bagi masalah lebih teruk, ia boleh berkembang menjadi masalah yang dipanggil ekzema yang biasanya bermula di tangan dan merebak ke bahagian lain apabila terdedah kepada agen tertentu. Masalah ini boleh berkembang menjadi dermatitis yang kronik dengan kejadian rekahan kulit yang besar dan jangkitan kuman.

“LA dan GLA adalah asid lemak yang ditemui dalam minyak Evening Primrose Oil (EPO). GLA menjadi semakin penting untuk kesihatan kulit kerana perubahan diet dan gaya hidup. Evening Primrose Oil EPO juga membantu masalah ekzema atopik dan ruam lampin yang dialami bayi,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kajian, menyapu GLA pada kulit mengurangkan kehilangan lembapan, meningkatkan kelembutan kulit dan mengekang kehilangan air daripada kulit.

“Evening Primrose Oil EPO, meningkatkan lembapan kulit sebanyak 13.9 peratus, menyekat kehilangan lembapan 10.2 peratus, ketegangan 19.2 peratus, keletihan 22.2 peratus, kelembutan 3 peratus dan keanjalan 3.5 peratus. Evening Primrose Oil EPO boleh memperbaiki dan mengekalkan kerosakan kulit disebabkan penggunaan sabun pencuci dan lain-lain seperti radiasi matahari, bahan kimia, kosmetik, pendingin udara dan asap rokok,” katanya.

* sumber dari google... 

Yang paling best tue habis jerk bayar2 EPO tue kat kuanter budak kuanter tue cakap. "Ok kak nie voucher RM20 yer". Wow alin dapat voucher dari guardin RM 20 tue. Bestnyer. Alin memang suker betul dapat hadiah2 nie. Kat bawah nie pict voucher yang alin dapat. Rupernyer ada promosi beli barang RM 40 ke atas akan dapat RM 10 voucher. Wowwww! Bling, Bling Mata. ekekekkek... So harga alin beli EPO tue lebey kurang RM 99 lar... Hiks... Berbaloi2...


Nielar yang Alin beli dan Voucher 2 keping RM 10





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...