Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday, 27 February 2012

Jom Jalan2 Cari Makan....

Hye salam isnin pembuka minggu yang baru, mgg nie takderlar shopping sangat, duet pon ala2 kadar jerk kan. Nak tgu gaji SBPA tak muncul2 tibe. Wink.wink....  Sabtu aritue Just settlekan kredit kad, bayar duet umah sewa n bayar duet kereta. First sekali kenalar settlekan hutangkan. Huhuhuhuhu.

Kami relak2 dulu kat rumah sabtu siang  tue, yerlar cik husband pon baru balik dari keje malam kan? Petang tue baru kami pegi jenjalan cari makan. Mula2 takder idea nak makan mana. Pusing2 wangsa maju n sri rampai. Tiba di Sri Rampai tue terjumperlar Char KoewTeow Pak Ku. Alin pon ajak en husben try manerlar tau sedap ker tidak kalo tak try kan? Kedai nie memang blah tepi kaki lima n dekat simpang jerk.

Char KoewTeow kat Pak Ku oklar ada rasa, udang ada 3 ekor dan sedikit kerang kerangan. Yang paling penting telur dicuci yer. Hehehheheh... Kalo nak try mehlar datang Sri Rampai nie. Jom kiter layan dulu pictnyer dengan budak si gedik nie.

 Sign Board kedai Char KoewTeow Pak Ku

Farisha posing2 dulu sebelum dapat makanan

Tak baik tau Farisha menum air sejuk


Nielar Char KoewTeaw Yer Nampak sedap tak?

Dari tadi sibuk sedut jerk air sejuk...



Monday, 20 February 2012

Evening Primrose Oil

Huh di sebabkan hormon Alin tidak menentu, alin terus pergi guardian cari Evening Primrose Oil. Sebab tidak tahan dengan simptom2 Sindrom Sebelum Haid (PMS). Huh memang tak tahanlar. Kejang kakilar, sakit kepala macam nak pecahlar, bisa2 badanlar. Memang sakit betul... Sebenarnyer memang dah lamer doctor suggest supaya Alin ambil nie cuma alin jerk malas. Masa baru2 pas operate breast tue makanlar jgk. Tapi lepas kawin memang tak makan langsung. Huhuhuhuhu. Dah sakit mulalar nak cari kan?



So tengahari tadi Alin beli Evening Primrose Oil (EPO) Brand Blackmores. Harga EPO Alin beli tadi RM119.00 ada 2 botol n free 1 botol. Kandungan dua botol besar tue ada 180 capsules (2 botol) dan free (60 capsules). Huh memang puas hati. Kebetulan guardian buat promosi, memang berbaloi2lar.

Kebaikan Evening Primrose Oil nie memang banyak dan ianya adalah sangat baik untuk dalaman perempuan. 

Antara kebaikannyer ialah:


  • Membantu mengawal atur kitaran haid
  • Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS)-iritasi, sakit kepala, sakit payudara, kesenakkan dan kekejangan perut
  • Mengurangkan simptom putus haid-panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj
  • Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri -bermanafaat kepada kulit yang kering, tua atau berminyak.
  • Melegakan ekzema dan alergi kulit
  • Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal
  • Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah

Antara kandungan pada EPO nie adalah:

 - Kaya dengan Asid GLA & LA


Maklumat Pengambilan

Secara umumnya kita perlu memastikan mendapat nutrient yang seimbang antara omega-6 dan omega-3. Ratio/julat yang seimbang antara omega-6 kepada omega-3 adalah 2:1 sehingga 4:1.

Kanak-kanak:
Untuk masalah kulit atau ruam, dos disarankan adalah 2000-4000mg EPO (dalam bentuk kapsul)sehari . Pengambilan EPO tiak digalakkan kepada kanak-kanak berusia 10 tahun dan kebawah. Telah dilaporkan pengambilan maksima EPO tidak boleh melebihi 0.5 gram/kg berat badan sehari. Oleh itu disarankan berbincang dengan pengamal perubatan sebelum memberi makanan tambahan kepada anak anda.

Dewasa:
Eczema atau atopic dermatitis : Evening primrose (EPO) 4,000 - 8,000 mg sehari.
Rheumatoid arthritis: Evening primrose oil (EPO), 3,000 mg sehari.
Diabetes: Evening primrose oil (EPO), 5,000 mg sehari.
Mastalgia (ketidakselesaan, sensitive dan kesakitan payudara) atau simpton pra haid (PMS): Evening primrose oil (EPO), 3,000 - 4,000 mg sehari.

Mari kiter tambah pengetahuan tentang EPO

Ketua Saintis Efamol Limited, Peter Clough, berkata antara petanda kekurangan EFA adalah kekeringan kulit, kehilangan air melalui kulit yang tinggi, penyembuhan luka yang perlahan dan lemah dalam melawan jangkitan kulit.

“Selain EFA dan LA, asid Gamma-Linoleik (GLA) penting untuk kulit. Bagaimanapun kulit adalah satu-satunya organ yang tidak dapat menghasilkan GLA. Bahan kimia yang kuat dan terkena pada kulit menyingkirkan lemak seperti LA dan GLA daripada permukaan dan merosakkan lapisan di bawahnya.

Bagi masalah lebih teruk, ia boleh berkembang menjadi masalah yang dipanggil ekzema yang biasanya bermula di tangan dan merebak ke bahagian lain apabila terdedah kepada agen tertentu. Masalah ini boleh berkembang menjadi dermatitis yang kronik dengan kejadian rekahan kulit yang besar dan jangkitan kuman.

“LA dan GLA adalah asid lemak yang ditemui dalam minyak Evening Primrose Oil (EPO). GLA menjadi semakin penting untuk kesihatan kulit kerana perubahan diet dan gaya hidup. Evening Primrose Oil EPO juga membantu masalah ekzema atopik dan ruam lampin yang dialami bayi,” katanya.

Beliau berkata, berdasarkan kajian, menyapu GLA pada kulit mengurangkan kehilangan lembapan, meningkatkan kelembutan kulit dan mengekang kehilangan air daripada kulit.

“Evening Primrose Oil EPO, meningkatkan lembapan kulit sebanyak 13.9 peratus, menyekat kehilangan lembapan 10.2 peratus, ketegangan 19.2 peratus, keletihan 22.2 peratus, kelembutan 3 peratus dan keanjalan 3.5 peratus. Evening Primrose Oil EPO boleh memperbaiki dan mengekalkan kerosakan kulit disebabkan penggunaan sabun pencuci dan lain-lain seperti radiasi matahari, bahan kimia, kosmetik, pendingin udara dan asap rokok,” katanya.

* sumber dari google... 

Yang paling best tue habis jerk bayar2 EPO tue kat kuanter budak kuanter tue cakap. "Ok kak nie voucher RM20 yer". Wow alin dapat voucher dari guardin RM 20 tue. Bestnyer. Alin memang suker betul dapat hadiah2 nie. Kat bawah nie pict voucher yang alin dapat. Rupernyer ada promosi beli barang RM 40 ke atas akan dapat RM 10 voucher. Wowwww! Bling, Bling Mata. ekekekkek... So harga alin beli EPO tue lebey kurang RM 99 lar... Hiks... Berbaloi2...


Nielar yang Alin beli dan Voucher 2 keping RM 10





Sunday, 19 February 2012

Farisha Menikmati Tutti Fruity...


Semalam jalan2 di Mines. Huh dah lama sungguh tak pegi. Mines tue memang tempat Alin lepak2, cari kasut, cari beg, cari rantai, gelang silver dan cari handphone dan tengok wayang zaman single mingle dulu. Huhuhuhu... Yerlar zaman muda mudikan. 

 Sambil jenjalan terjumpa plak Tutti Fruity booth yang diorang war war sedap tue. Hehehehhe. Ok habis2 jerk timbang n bayar, Farisha duduk terus makan. Tgk muka cam sedap jerk. Tutti Fruity nie rasernyer macam yogurt (masam2). Yum...yum.yum...

Nielar Tutti Fruity tue RM12.75. Perisa Rasberry topping smarties. Muka Farisha teruja jerk.

Langsung tak nak tgk camera. Kusyuk sungguh...

*Ok Farisha nanti mama belanja makan tutti fruity lagik ek. Nak letak topping banyak2 plak...

Dapat Duit Syiling Baru 2012

Hari Sabtu aritue beli makanan dekat cafe, alin terpinga2 dapat duet syiling baru (tak tahular kalo org lain dah dapat dulu). Teruja sungguh. Heheheh. Yang paling kelakar tue, dapat2 jerk duit dari cashier terus menung kat duet. Takut dapat duet dari negara mana. Yerlar dapat tgk kat gambar jerkkan. Biler tgk real terus blur2. Tgk dekat2, ada gambar bunga raya, ok itu duet syiling baru. hehehhehe... Nie pict duit syiling yang alin dapat. 

Nielar duet yang Alin dapat (duit Syiling 50 sen berlekuk2 sikit n 50 sen bulat)

Duit Malaysia baru

Duit syling yang diperbaharui...


* Berita baik duit syiling nie sangat ringgan n tak koyakan purse.

Thursday, 16 February 2012

DEmaM K-Pop !!!!!!



Hari ini bersamaan hari Jumaat, sambutan Chinese New Year kat dewan tempat keje. Best jgk tahun nie aktivitinyer. Kalo tidak tarian cina n budak kecik menari sama jerk tiap2 tahun, borink plak. Tapi tahun nie siap ader K-Pop tue.  Ekekekkeke. Demam Korea betuilar diorang nie... Hehehehheheh...Pembukaan Tarian singa memang tidak ketinggalanlar. Tapi naper tak kluar mamat2 hensom dari korea. Kalo tidak dapat cuci mata yang berhabuk nie. Opssss. Hehehehheheh... Jom layan pict masa celebration:


Upacara pembukaan Tarian Singa

Menari K-POp (Demam K-poP terus). Opss terbeliak terus pekerja2 office.

Tarian Tradisional Korea



Tarian tradisional korea (Pusing)

* sambut chinese new year tapi jemput korea....

Wednesday, 15 February 2012

Pindah Bangunan Baru... Penghijrahan 2012...

Herm nielar keje Alin lepas balik Langkawi. Penat betul selamat dah menenangkan fikiran dulu kat Langkwi. Nak update cerita pasal pegi Langkawi pon tak sempat. Tempat kami bekerja berpindah ke bangunan baru. So aper lagi kenelar angkut fail2 yang berada berkurun2 dalam bilik fail tue. Kalo buat sejarah pon bolelar  mana tak nyer dari zaman 80 an pon ader....

Jeng...Jeng...Jeng... Nielar keje alin selama seminggu nie.

Kemas2 tempat sendiri dulu

Nie yang perlu dilupuskan 

Sekitar pool penuh dengan kotak

Sebelum nak hantar kotak kenelar label dulu

Lepas label kenalar gam kat kotak 

Nielar model alin, cik mai. hehehehhe...

Nie kotak2 yang telah disimpan Fail..

Penat sungguh. Tapi oklar bole excercise, buang lemak sikit... Hehehhehe... Hari sabtu nie kene keje banyak bende lagi nak buat ...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...