Daisypath Anniversary tickers

Followers

Monday 31 October 2011

Episod Kedua: Rumah! Rumah! Rumah!

Hehehhehe macam cerita dramalar pulak. Siap ader episod2. Bukan aper nak kongsi kesedihan dan kemarahan jerk dengan kawan2... Baru tak stresss kan? Episod kedua nie alin nak cerita aper yang alin lalui daripada bulan Febuari 2011 sampai Bulan Nov 2011. Bilerlar berita baik nak datang nie (hati berkata2)


Antara cabaran-cabaran alin lalui nak beli rumah nie:

1. Mula2 tuan rumah yang lorat tue nak 10% tapi masa janji tgk rumah kami nak buat full loan. Biasalar orang nak jual rumahkan. Maser tgk tue semua ok. Nak tgl tuelar nak tgl inilar. Pastue biler kluar barang semua nak cabut. takperlar jawablar ko kat akhirat nanti. Sebab kami nilai sekali apa yang ko nak tgl tue! Bincang2 10% kami taknak bagi tapi kami bagi deposit RM500 tanda jadi. Tuan rumah tue tak nak RM500. Pastue kami dengan baik hati n tolak ansur bagilar deposit RM1000 sebab kesian! (Bukan tak nak bagi 10% sebab dah janji nak buat fullloan mula2nyer).

2. Sain SNP 2 kali sebab tuan rumah yang lorat tue tiba2 tak nak guna peguam alin. Dengan alasan mahal RM100. Uish kedekut giler. Aku dah bagi RM5000 ko tak kira. Tue namanyer orang tak bersyukur. Yerlar ko offer RM90,000.00 Tapi aku nak bagi RM95,000.00. Walawei takan RM100 pon berkira. Dah aku kene datang kat lawyer sain  SNP yang baru.

3.. Siap sain SNP dan SNP siap bergerak ke bahagian perumahan dan pejabat tanah untuk antar borang2 berkenaan. Cubaan pertama tidak berjaya sebab ada lagi tak lengkap dan lawyer tidak sertakan beberapa dokumen yang penting. Datang balik jumper lawyer. Naik lagi pejabat lawyer. Cubaan kedua kami hantar borang berjaya dengan jayanyer. Alhamdulliah. Orang kaunter tue pesan. Ok sekarang awak deal dengan lawyer jerk. Berkenaan dengan gadaian.....

4. Hish lawyer nie satu kalo ketuk baru nak buat keje. Yerlar mane taukan tak pernah pon guna lawyer nie. Sibuk ngan butik die lagik. Tiap kali talifon kat bandunglar kat indonlar. Ish2 tak patut.

5.. Sepatutnyer keje lawyer aku yang buat. Baik aku bukak firm sendiri sure cepat aku dapat rumah. Kena pegi pejabat tanah kuala kubu baru nak check status rumah tue. Dengan alasan lawyer jauh nak pegi kuala kubu baru tue. Aku dengan tak banyak lorat n nak keje cepat pegilar ke pejabat  tanah kuala kubu baru tue nak check status. Sampai jerk kat saner pegi check. Orang kat kuanter tue berkata " Dik tak boleh check kat sini kene check kat shah alam! Uishhhh bengang n marah tak terkiralar. Buang masa, buang cuti alin dan buang macam-macam. Sabar alin sabar!!!! Alin orang biasa mesti nak marah punyerlarkan. Lepas tue apa lagik lepas marahlar kat lawyer. Dahlar suruh aku buat keje free pastue buat keje sia-sia....

6. Erm maser marah tue alin dah ingatkan kat lawyer supaya settlekan  borang gadaian bahagian perumahan. Pastue die cakap ok. Selepas 2 bulan berlalu siap dah puasa dan bagi rayer. Lawyer call. " Suhailin ada tak bahagian perumahan cakap apa2 tentang loan you tue" Alin pon dengan ikhlas yer berkata " Ok nati saya tanyer bahagian perumahan".

7. Esok alin pon call bahagian perumahan. Alin macam agak lawyer nie tak buat apa berkenaan dengan gadaian tue! Hish tak boleh jadi nie kene jadi CSI nak tau aper status rumah nie. Alin pon cakap dengan orang berkenaan " En bole sayer tanyer apa status loan saya nie" die check2 " erm peguam awak tak buat lagilar seksyen gadaian tue. Alin cakap ok terus letak talifon dan terus serang lawyer. "Puan! dengan nada marah, saya rasa puan tak buat kerja puanlar. Sebab tadi saya call bahagian perumahan,  puan tak buat lagi seksyen gadaian tue. " Eh yer ker, agaknyer termisslar. Surat tue saya tak dapat kot. Mmglar lawyer mmg suker meloyalar. "Aper kata suhailin faks yang surat suhailin dapat tue?" Alin pon malas cakap banyak "ok jerk". Terus faks.

8. Mgg depan yer kerani lawyer call n suruh datang untuk sain borang gadaian tue. Heheheh. Alin pon tanyer soalan bonus. Eh kenaper yer sampai 2 bulan baru nak siap borang nie. Sebab terMISS yer? Eh takderlar kami buat draf dulu bagi dekat bahagian perumahan baru bagi puan suhailin sain. Ok dah sain tue baliklar ke office balik husben balik rumah rawang.

9. Konterversi lagik. Dapat call dari office lawyer. Kerani lawyer tue yang call, erm lawyer malu kot nak cakap dengan alin. Puan Suhailin maaf yer, bole tak sain borang gadaian tue semula. Sebab kami tersalah boranglar. (Dalam hati eh kater haritue lambat sebab bagi draf kat bahagian perumahan nie kata salah pulak) Ish2 tipu lagikkan dah terkantoi salah isi borang. Dah borang return balik dekat lawyer. Ish... sabar suhailin...sabar..... Maser talifon tue sempat lagik nak mintak payment tue. Dahlar gadaian tak settle lagi. Alin bagi sikit jerk. padan muka. Banyak cantik keje tak settle nak mintak payment...

10. Selepas 2 mgg dapat lagik surat daripada perumahan yang menyatakan borang gadaian tue salah kali kedua dengan tiada tandatangan lawyer pada surat sekian.. sekian.... Ish diorang nie pandai buat kerja ker tak! Nie raser nak mengamuk nie.

11. Sekarang tgh mood nak tgu... tgu  dan tgu...dan tgu... dan tgu... tgu bagai buah tak jatuh2.... Malas nak kacau mood tgh ok nie. Nanti satu mgg mood tak ok!

p/s: Nak beli rumah kene bersabar sebab deal dengan ramai orang! So kenelar belajar bersabar.... Sekadar luahan perasaan insan biasa!

2 comments:

  1. Sabar je Alin.. Rumah tu dah memang rezeki Alin.. Susah nak dapat takpa... sebab itu yg akan buat Alin appreciate rumah tu lebih nanti.. hehe.. Kita dah setelkan grill n kitchen kabinet. Pas raya ni pasang. Kalau Alin nk survey harga dgn orang yg buat utk rumah kita ni, bgtau je k... Selamat terus berusaha dapatkan rumah idaman... :))

    ReplyDelete
  2. Tuelar tgh bersabarlar nie! kalo tak sabar tak tau nak jadi aper nati. ekekekekke. sekadar luahan perasaan yang tak puas hati jerk. kadang2 buat macam takder aper jerk... dalam hati nie tak tau... tk sabar nak tgu kabinet kamu!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...